Ogos 26, 2010

salam ramadan..

salam di ucapkan buat semua pembaca blogs saya..


sudah hampir 16 ramdan kita berpuasa..nampaknye penuh dugaan dan kesabaran kita menjalankan ibadah puasa ni kan..same jugak seperti sy..
demam adalah dugaan yg amat kuat sekali tuk sy hadapapi..alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..
cume bulan puasa ni sy kurang tuk mode bekerja..haha..
entah kenapa terasa malas je nka menunaikan tanggungjwab seperti biasa..mungkin sebab penat kan..
puasa bukan lah satu alasan tuk kita malas melakukan ape2..by the way..
hadapi lah dengan tabah..
insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar kan..


tiba pada malam ke 16 sy merasakan suasana berlainan dari biasa adakah ini kerana sy tertunggu2 bilakan malam LAILATUL QADAR..
terasa indahnya malam yang penuh dengan keberkatan tu,
adakah kita dapat melalui malam itu dengan solat2 dan bacaan AL Quran,,
insyaallah segalanya telah di tentukan tuhan..


moga kita sentiasa Mendapat keberkatan dari Allah S.W.T
mudah mudahan...Amin..

Bulan ramadan bulan yang memberi seribu keberkatan buat kita

salam buat pembaca2 blogs sy,
kat sini sy ade sedikit ilmu untuk di kongsi bersama2..





Ramadan ajar umat memberi maaf, jernihkan hubungan elak sengketa bawa kehancuran


RAMADAN kini berada pada 14 terakhir. Bagi mereka yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan mengharapkan keredaan Allah pastilah saat akhir ini menjadikan mereka lebih bersemangat menggandakan amal salih dan kebajikan.
Semua dengan tujuan bagi mencapai matlamat ibadah puasa disyariatkan, iaitu menjadi insan lebih bertakwa. Sehubungan itu, dalam usaha mencapai tahap berkenaan memerlukan hidayah serta petunjuk daripada al-Quran yang diturunkan pada Ramadan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (mengenai datangnya daripada Allah dan kesempurnaannya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 2)
Firman Allah lagi yang bermaksud:
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Bidayah al-Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah) menegaskan bahawa permulaan jalan hidayah ialah ketakwaan zahir dan kesudahan jalan hidayah adalah ketakwaan batin.
Katanya, petunjuk hanya akan diperoleh oleh orang yang berusaha menyediakan dirinya supaya menjadi orang bertakwa. Beliau menjelaskan ketakwaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu melaksanakan segala perintah Allah dan kedua, meninggalkan larangan-Nya.
Selepas berlalunya bahagian pertama dan kedua Ramadan, wajarlah kita bermuhasabah sama ada sudah benar-benar berusaha mencapai matlamat melaksanakan ibadah puasa, iaitu bagi menyemai ketakwaan dalam diri atau sebaliknya.
Ibadah puasa hanya dilaksanakan sebagai amalan menahan lapar serta dahaga bermula dengan terbit fajar sehingga terbenamnya matahari dan tidak lebih daripada itu. Jika itu keadaannya, maka jadilah kita sebagai sebahagian daripada orang yang rugi dan tercela.
Maka sesudah berlalunya Ramadan kelak, tiada sebarang peningkatan dicapai dalam jalinan hubungan dan ketaatan terhadap Allah. Ada satu kaedah dalam Islam yang menyatakan, “Apa yang tidak dapat dilakukan keseluruhannya maka usahlah ditinggalkan keseluruhannya.”
Kita tidak akan dicela jika tidak dapat mencapai peringkat ketakwaan tertinggi tetapi kita dicela kerana tidak melakukan sebarang usaha, sedangkan kita masih berkemampuan.
Selain bermuhasabah mengenai hubungan dengan Allah, ketaatan dan ketakwaan terhadap-Nya, kita juga wajar menilai sejauh mana ibadah puasa dilaksanakan dapat mendorong untuk sentiasa memperbaiki serta mengukuhkan hubungan sesama manusia, iaitu salah satu sifat dan ciri utama golongan bertakwa.
Justeru, hitung dan nilailah sama ada kekusutan dan perbalahan yang mungkin berlaku sudah dileraikan. Atau sebaliknya, sehingga saat ini kita masih belum bertegur sapa dan bersedia memaafkan ahli keluarga, rakan sekerja, sahabat-handai dan jiran tetangga.
Amat malang bagi kita jika pada bulan yang menjanjikan keampunan Allah ini, kita pula masih bersengketa dan bermusuhan serta tidak bersedia untuk saling memaafkan antara satu dengan lain. Padahal kita cukup menyedari bahawa kesepakatan, perpaduan dan kesatuan amat penting bagi kemajuan, keutuhan serta kesejahteraan ummah.
Sebaliknya, perbalahan dan persengketaan hanya merugikan selain mengakibatkan kehancuran serta kemusnahan. Al-Quran merakamkan pujian terhadap orang yang lebih suka memaafkan dan menjernihkan hubungan.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang yang melakukan perkara baik.” (Surah Ali-Imran, ayat 133)
Sementara hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta dan tidaklah Allah menambahkan bagi hamba yang suka memaafkan (kesilapan orang lain) melainkan kemuliaan, dan tidaklah seseorang itu tunduk tawaduk kepada Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.”
Al-Quran menggariskan peranan penting itu kerana ia akhirnya dapat mengelakkan kezaliman terhadap salah satu pihak dan menyatukan kembali kedua-duanya.
Dalam hubungan ini, tindakan al-Hasan bin Ali bagi mengelakkan perpecahan dan pertumpahan darah umat Islam terus berlaku, wajar dijadikan iktibar. Selepas Ali meninggal dunia, penyokong beliau terus memberikan bai’ah kepada puteranya, al-Hasan.
Penyokong itu mahu meneruskan niat mereka untuk membunuh Mu’awiyah namun dibantah oleh al-Hasan. Sebaliknya al-Hasan mengutus surat perdamaian kepada Mu’awiyah yang diterima oleh Mu’awiyah dengan perasaan gembira tidak terkira.
Lantas, Mu’awiyah berangkat ke Kufah pada Rabiul Awal 41 hijrah iaitu selepas enam bulan al-Hasan menjalankan tugas sebagai khalifah. Al-Hasan dan al-Husain memberikan bai’ah kepadanya dan langkah itu dituruti seluruh umat Islam. Dengan demikian, tertegaklah Kerajaan Umayyah secara rasmi dan Mu’awiyah menjadi khalifah bagi umat Islam keseluruhannya.
Umat Islam gembira dengan perdamaian yang dapat diwujudkan dan mereka bersyukur kerana segala bentuk fitnah serta pertumpahan darah dapat dihentikan serta-merta. Mereka menamai tahun itu sebagai ‘Tahun Penyatuan’.
Sesungguhnya usaha mulia al-Hasan meninggalkan kesan yang baik terhadap keseluruhan umat Islam. Majoriti ulama’ Ahli-Sunnah memuji tindakan yang diambil al-Hasan sehingga berjaya menyatukan kembali umat Islam yang dilanda persengketaan, kebencian dan permusuhan.
Mereka juga menegaskan bahawa tindakannya itu menegaskan lagi kenabian datuknya, Muhammad SAW yang bersabda,
“Anak (cucu)ku ini adalah penghulu, semoga Allah mendamaikan melaluinya dua buah kumpulan yang besar daripada kalangan umat Islam.”
- Penulis ialah pegawai penyelidik di Institut Kefahaman Islam Malaysia

Ogos 24, 2010

hai all friend..i have some fact about men..

men is just happier people..


NICKNAMES

* If Laura, Kate and Sarah go out for lunch, they will call each other Laura, Kate and Sarah.
* If Mike, Dave and John go out, they will affectionately refer to each other as Fat Boy, Godzilla and Four-eyes.


EATING OUT

* When the bill arrives, Mike, Dave and John will each throw in $20, even though it's only for $32..50. None of them will have anything smaller and none will actually admit they want change back.
* When the girls get their bill, out come the pocket calculators.


MONEY

* A man will pay $2 for a $1 item he needs.
* A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need but it's on sale.


BATHROOMS

* A man has six items in his bathroom: toothbrush and toothpaste, shaving cream, razor, a bar of soap, and a towel .
* The average number of items in the typical woman's bathroom is 337. A man would not be able to identify more than 20 of these items.


ARGUMENTS

* A woman has the last word in any argument.
* Anything a man says after that is the beginning of a new argument.


FUTURE

* A woman worries about the future until she gets a husband.
* A man never worries about the future until he gets a wife.


SUCCESS

* A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
* A successful woman is one who can find such a man.


MARRIAGE

* A woman marries a man expecting he will change, but he doesn't.
* A man marries a woman expecting that she won't change, but she does.


DRESSING UP

* A woman will dress up to go shopping, water the plants, empty the trash, answer the phone, read a book, and get the mail.
* A man will dress up for weddings and funerals.


NATURAL

* Men wake up as good-looking as they went to bed.
* Women somehow deteriorate during the night.


OFFSPRING

* Ah, children. A woman knows all about her children. She knows about dentist appointments and romances, best friends, favorite foods, secret fears and hopes and dreams.
* A man is vaguely aware of some short people living in the house.


THOUGHT FOR THE DAY
A married man should forget his mistakes. There's no use in two people remembering the same thing!


 

Ogos 19, 2010

cara2 membakar kalori

berikut merupakan jumlah kalori yang dibakar mengikut aktiviti yang dilakukan bagi mereka yang mempunyai berat antar 68 hingga 70 kg. yang len2 pun blh je aplikasi.
1. menonton tv = 40 kalori
2. berjalan pantas = 300 kalori
3. mengemas rumah = 240 kalori
4. berkebun (menyiram pokok dan membersih halaman) = 250 kalori
5. berkebun (menanam tumbuhan ) = 320 kalori
6. berbasikal statik =380 kalori
7. aerobik = 405 kalori
8. ping pong = 280 kalori
9. berlari di atastreadmill (40 min) = 500 kalori
10. tidur = 55 kalori
11. menjahit = 85 kalori
12. makan = 85 kalori
13. melakukan sulaman = 85 kalori
14. duduk di kerusi = 85 kalori
15. berdiri = 100 kalori
16. memandu = 110 kalori
17. melakukan kerja pejabat = 140 kalori
18. melakukan kerja rumah = 160 kalori
19. bermain golf (dengan buggy) = 180 kalori
20. bermain golf (tanpa buggy) = 240 kalori
21. menari tarian ballroom = 260 kalori
22. aerobik air = 400 kalori
23. berenang (kelajuan maksima) = 500 kalori
24. berjalan kaki dengan kelajuan sederhana = 280 kalori
25. meluncur ais = 500 kalori
26. berbaikal di taman = 450 kalori
27. berjoging = 500 kalori
28. mendaki = 500 kalori ++
29. aerobik (step aerobik) = 550 kalori +++
30. mengayuh kenu = 550 kalori
31. lompat tali = 700 kalori
32.kickboxing = 240 kalori
33.berlari laju = 700 kalori
34. berkuda = 428 kalori
35yoga = 500 kalori
36. badminton = 760 kalori
37. naik turun tangga(3 km sejam)= 800 kalori
38. menari hip hop = 500 kalori

selamat mecuba tapi biar la mengikut kemampuan masing-masing. safety first k,
jangan buat kerja2 yg salah..hehe

Ogos 02, 2010

kehidupan islamik..

salam for my muslim friends..
how your weekend..
today i have some artikel islamic for share with u all..
i get this artikel from some web and i think better share some with u guys..

Oleh
Syaikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah

Saudaraku....

Dengan penuh harapan bahawa kebahagiaan dunia dan akhirat yang akan kita dapatkan, maka kami sampaikan risalah yang mengandungi pertanyaan-pertanyaan ini kepada anda untuk direnungkan dan di jawab dengan perbuatan.

Pertanyaan-pertanyaan ini sengaja kami angkat ke hadapan anda dengan harapan yang tulus dan cinta kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala, supaya kita boleh mengambil manfaat dan faedah yang banyak darinya, di samping itu sebagai bahan kajian untuk melihat diri kita, sudah sejauh mana dan ada di mana posisinya selama ini.

Apakah anda selalu solat Subuh berjemaah di masjid setiap hari ?

Apakah anda selalu menjaga solat yang lima waktu di masjid ?

Apakah anda hari ini membaca Al-Qur'an ?

Apakah anda secara konsisten membaca zikir setelah selesai melaksanakan solat fardhu ?

Apakah anda selalu menjaga solat sunat Rawatib sebelum dan sesudah solat fardhu ?

Apakah anda (hari ini) khusyu dalam solat, menghayati apa yang anda baca ?

Apakah anda (hari ini) mengingati mati dan kubur ?

Apakah anda (hari ini) mengingati hari Kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya ?

Apakah anda telah memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebanyak tiga kali, agar memasukkan anda ke dalam Syurga ?
Maka sesungguhnya barangsiapa yang memohon demikian, Syurga berkata :"Wahai Allah Subhanahu wa Ta'ala masukkanlah dia ke dalam Syurga".

Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali ? Maka sesungguhnya barangsiapa yang berbuat demikian, neraka berkata :"Wahai Allah peliharalah dia dari api neraka".
Berdasarkan hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang bermaksud :"Barangsiapa yang memohon Syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, Syurga berkata :"Wahai Allah masukkanlah ia ke dalam Syurga. Dan barangsiapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata :"Wahai Allah selamatkanlah ia dari neraka". [Hadis Riwayat Tirmidzi dan di shahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami No. 911. Jilid 6]

Apakah anda (hari ini) membaca hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam ?

Apakah anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik (buruk akhlaknya - ed) ?

Apakah anda telah berusaha untuk menghindari banyak ketawa dan bergurau ?

Apakah anda (hari ini) menangis kerana takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala ?

Apakah anda selalu membaca zikir pagi dan petang hari ?

Apakah anda (hari ini) telah memohon ampun kepada Allah Subhanahu wa ta'ala atas dosa-dosa (yang engkau perbuat -pen) ?

Apakah anda telah memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan benar untuk mati Syahid ?
Kerana sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan benar untuk mati syahid, maka Allah Subhanahu wa Ta'ala akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidur". [Hadis Riwayat Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam shahihnya, Al-Hakim dan ia menshahihkannya]

Apakah anda telah berdo'a kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar ia menetapkan hati anda atas agama-Nya ?

Apakah anda telah mengambil kesempatan untuk berdo'a kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di waktu-waktu yang mustajab ?

Apakah anda telah membeli buku-buku agama Islam untuk memahami agama ? [Tentunya dengan hanya memilih buku-buku yang sesuai dengan pemahaman yang difahami oleh para Sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, kerana banyak juga buku-buku Islam yang tersebar di pasaran justeru merosak pemahaman Islam yang benar - pent]

Apakah anda telah memintakan ampun kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah ?
Kerana setiap kali mendo'akan mereka anda akan mendapat kebajikan pula.

Apakah anda telah memuji Allah Subhanahu wa Ta'ala (dan bersyukur kepada-Nya, pent) atas nikmat Islam ?

Apakah anda telah memuji Allah Subhanahu wa Ta'ala atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya ?

Apakah anda hari-hari ini telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukannya ?

Apakah anda dapat menahan marah yang disebabkan urusan peribadi dan berusaha untuk marah kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala saja ?

Apakah anda telah menjauhi sikap sombong dan membanggakan diri sendiri ?

Apakah anda telah mengunjungi saudara seagama, ikhlas kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala ?

Apakah anda telah mendakwahi keluarga, saudara-saudara, tetangga dan siapa saja yang ada hubungannya dengan diri anda ?

Apakah anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua ?

Apakah anda mengucapkan "Innaa Lillahi wa innaa ilaihi raji'uun" jika mendapatkan musibah ?

Apakah anda hari ini mengucapkan do'a ini : "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan Engkau sedangkan aku mengetahui, dan aku memohon ampun kepada-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui". Barangsiapa yang mengucapkan yang demikian, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan menghilangkan darinya syirik besar dan syirik kecil. [Lihat Shahih Al-Jami' No. 3625]

Apakah anda berbuat baik kepada tetangga ?

Apakah anda telah membersihkan hati dari sombong, riak, hasad, dan dengki .?

Apakah anda telah membersihkan lisan dari dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat kusir dan berbuat serta berkata-kata yang tidak ada manfaatnya ?

Apakah anda takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam hal penghasilan, makanan dan minuman serta pakaian ?

Apakah anda selalu bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan ?

Saudaraku ..
Jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan, agar kita menjadi orang yang beruntung di dunia dan akhirat, insya Allah.

[Risalah ini dinukilkan dari buku saku Zaad Al-Muslim Al-Yaumi (Bekalan Muslim Sehari-hari) hal. 51 - 55, bab Hayatu Yaumi Islami yang diambil dari kitab Al-Wabil Ash-Shoyyib oleh Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah, Penerjmeah Fariq Gasim Anuz]

"Meniti arus perjalanan kehidupan"

Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
SubhanAllah,
Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
ciptaanya yang maha agung,
perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
Ia hanyalah sementara,
sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

selamat datang to catatan

selamat datang to catatan
assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengikut saya

Catatan Popular


 

Design by Amanda @ Blogger Buster