Januari 19, 2011

keindahan pelangi





Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat yang sudi menjenguk blogs aku ni,
agak susah nak luangkan sedikit masa untuk update blogs this week..
skang ni aku ngah siapkan final projek tuk proposal bos aku,so aku sibuk sikit kebelakangan ni,
korang semua ape khabar,
hope sentiasa sihat di samping orang2 yang tersayang,
thanks sebab follow aku balik,
today aku nak share satu puisi yang bertajuk pelangi,
kalau kite sebut pasal pelangi je kita dah dapat gambarkan betapa indahnya ciptaan ALLAH s.w.t,


Pelangi
Semalam kau terbentang di langit
Jalur warna mu indah
Ku kira bayangan sebuah cinta
Rupanya bayangan keindahan hati dilamun rindu
Hiasan semula jadi insan yang mendiami muka dunia .

Bila hati ingin bersatu dengan warna mu
Kau hilang
Hilang bersama debu butiran hujan
Pergi bersama suram sinar suria .

Aku lihat langit berwarna biru
Apakah cinta berada di sebalik warna itu
Bukan milik ku
Milik ku hanya rindu
Kekasih ku adalah rasa kepiluan
Dan aku bercinta dengan kehampaan .

Keindahan semalan
Mungkinkah telah mati bersama kasih dan sayang .

ok guys..take care always,
best kan sekali sekala layan puisi,
indah sekali bahasa dan amat mendalam maksudnya,
pemahaman kita berbeza2 kan..hanya penulis yang tahu ape yang hendak disampaikan dalam puisi ni,
selamat membaca dan memahami ape yang tersirat dalam puisi ni..




Kata-kata Pujangga: 
"Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud."

"Meniti arus perjalanan kehidupan"

Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
SubhanAllah,
Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
ciptaanya yang maha agung,
perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
Ia hanyalah sementara,
sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

selamat datang to catatan

selamat datang to catatan
assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengikut saya

Catatan Popular


 

Design by Amanda @ Blogger Buster