Mac 24, 2011

catatan pada hari khamis

salam dan selamat sejahtera buat pembaca blogs catatan..
apa khabar korang semua..sejak akhir2 ni mr busy asyik datang menjengah kat opis..kesian mr relax..x sempat nak bertweet time keje..
entah ape kesudahan pada hujung bulan ini,harap2 naik gaji lebih sikit bos tahun ni.
haha..masing punya impian yang sama macam aku kan,
so hari ini aku nak bercerita kat korang semua yang bos aku bagi nasihat untuk sambung belajar,
adeh bos,tak larat rasanya nak mengadap buku,nak buat assignment dan nak membahagikan masa
untuk bekerja dan belajar,imposible kan,tapi bila aku memikirkan peluang lepas aku
berjaya tamatkan pengajian aku nanti,mane tahu naik pangkat ke..haha..!
dalam kepala aku pikir macam itu je,nak berhenti kerja sayang,aku suka kerja kat tempat
macam ini kerana apa yang aku mahukan suasana kerja kat sini semuanya ada,walau kat company aku
cuma ada dua orang melayu,tapi aku bangga dengan bangsa2 lain kerana mereka tidak memilih kulit
untuk berkawan,bos yang boleh bergelak ketawa,suka belanja makan,macam2 lagi sebab yang menyebabkan
aku malas nak cari kerja lain,korang pulak macam mane?
gembira tak dengan suasana tempat kerja korang?
anyway hari ini aku nak share 3 buah puisi yang aku suka baca,

"setiap ayat tidak dapat diluahkan dengan berkata kata sahaja,kita juga boleh berkongsi dengan menulis ke atas kertas"

itulah yang aku paham tentang istilah berkongsi suka duka kehidupan,
semoga korang sentiasa melakukan yang terbaik untuk mengecapi impian dalam hidup,

PERSAHABATAN

Bukan Atas apa atau dasar apa kita menjadi seorang sahabat
Tapi itu dari hati,,,,,
Ketulusan untuk berbagi dan membagi
Menyejukkan bukan membekukan,,,,
Menghangatkan bukan memberi rasa panas,,,

Sahabat adalah,,,
Seseorang yang paling tahu hal buruk dalam diri kita,,,
Seseorang yang selalu marah saat kita berbuat salah,,,
Seseorang yang selalu berusaha melukiskan senyum dibibir kita
Seseorang yang selalu meminjmkan bahu untuk bersandar

Persahabatan itu ibarat tangan dan mata
Saat tangan terluka mata menangis
Dan saat mata menangis tangan mengusap air mata


Kasih Ibu

Dentingan nafasmu menyelemuti hari hingga senja
Tak tersimpan setitik kelelahan di wajahmu
Tak ada sesal saat semua harus kau lalui
Langkahmu tak pernah henti
Melangkah untukku

Kasihmu tak kunjung redah
Walau dalam lelah
Kau tetap merangkai kata bijak untukku
Mengurai senyum
Di setiap langkahku
Mendera doa
Di setiap helai nafasku

Ibu….kau mutiara di hatiku
Relung hatimu sangat indah
Hingga aku tak mampu menggapai dalamnya
Tetes air matamu menguntai
Sebuah asa untukku




PUISI cinta
 
Benci dan rindu merasuk di kalbu
Ada apa dengan cintaku
aku ungkap semua

Jangan pernah bibir tertutup
Bicarakan semua yang kau rasakan
Cinta itu kita yang rasa
Bila sengsara hati kan merana

Wahai pujangga cinta
Biar membelai indah
Telaga di kalbuku
Jujurlah pada hatimu
Ada apa dengan cinta??


orait,aku mintak diri dulu,
dah lewat dah ni,tak prepare lagi baju untuk kerja esok.
anyway i wish u have a gud dreamz tonite !!

adios ['',]

Mac 22, 2011

hari hari semalam.

Assalamualaikum and salam sejahtera buat pembaca blogs catatan,
baru 6 hari tidak berkunjung kat blogs catatan,sibuk dengan kerja and minggu lepas balik ke kampung halaman kat jb,
my dad operation,Alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar pada 17.03.2011,dan hingga hari ini nampaknya my dad sudah pun boleh bergerak macam biasa,
minggu lepas jugak adalah minggu pertama aku bermalam kat 
wad menemani my dad,takut jugak,macam2 aku pikir pada malam itu,
alhamdullilah takda apa pun yang berlaku aku tidur dengan nyenyak sekali,
sedih jugak tengok keadaan my dad mase tuh,nak ke tandas pun terpaksa berkerusi roda,dan sebagai anak,aku merelakan diri untuk menyusahkan diri dengan membantu apa2 yang aku mampu lakukan untuk melihat my dad,mum and ahli keluarga yang lain tersenyum,
siapa yang tak sayang ahli keluarga kan?,
jadi ingat-ingatlah pada mereka selagi korang masih dapat menatap wajah mereka,senyum mereka,gelak tawa dan cerita-cerita dari mereka,
kasih sayang dan perhatian yang diberikan pada kita adalah satu anugerah yang amat bermakna dalam hidup,janganlah kita terlalu mengecap keindahan dunia sampai kita terlupa pada mereka,
bagi aku,mereka adalah segalanya,tanpa mereka aku tak kan hadir mengecapi nikmat dunia ini,

18.03.2011

buat kenduri doa selamat serta tahlil kat masjid,
dah lame aku tak sembahyang maghrib kat masjid,
jadi hari tu aku adalah hari pertama dalam 2011 aku sembahyang maghrib dan isyak kat masjid kampung aku,

19.03.2011

menghabiskan masa cuti kat kampung bersama family tercinta,
bermain2 dengan anak sedara aku,berborak2 dengan adik beradik aku yang lain,alangkah indahnya kalau dapat selalu kumpul macam tuh,terasa kembali ke masa lalu,

20.03.2011

masa untuk pulang ke selangor,
amat berat sekali kaki melangkah meninggalkan perkarangan rumah,
terasa seperti baru 10 minit berada kat rumah,
dugaan,untuk teruskan kehidupan dan mengejar matlamat hidup,
terpaksalah aku paksa kakiku melangkah.

21.03.2011
 
hari pertama bekerja,
hari ini aku buat panggilan pagi untuk my dad,
sebab my dad ada temujanji dengan doktor,
my dad bagitahu semuanya baik,
barulah tenang hatiku hendak memulakan kerja,
semoga my dad cepat sembuh,
aku akan selalu mendoakan buat mereka.


Alamak.
tertulis diary pulak kat sini,
just nak share dengan korang supaya sentiasa ingat orang-orang yang korang sayang,sayangilah mereka sebagaimana mereka menyanyangi kita semasa kecil.


aku nak share sesuatu dengan korang,
aku tonton cerita hikayat merong mahawangsa,
cerita yang menarik,walaupun gambar tak setanding dengan filem-filem hollywood tapi sebagai anak malaysia aku bangga sebab dah ada penerbit yang mampu menerbitkan sebuah filem EPIC,
jalan cerita yang menarik,rasa macam tak puas pulak tengok cerita ini,
lagi tuk cerita ini pun gempak jugak,
memang terbaik lah,kene dengan cerita,
mesej yang cuba disampaikan penuh makna..
orait..enjoy this song.. =)



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan

Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu

Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

Ku bersyukur adanya kamu..
*(i like this word)

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu...*(i like this word)
 
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa
 

 
okay..masa untuk tidur,
selamat malam dan jangan lupa untuk mendoakan untuk kedua ibu bapa kita..
 
adios..! :)
 

Mac 14, 2011

puisi malam..

suasana malam..


malam yang sungguh sunyi,
tanpa di terangi cahaya bulan dan bintang,
kedengaran cengkerik berbunyi,
memecahkan kesunyian jiwa di tengah malam.

antara pemikiran,jiwa dan kata hati.

antara jiwa dan perasaan,
manakah yang seharusnya kita patuhi?
tapi bukankah kita membuat keputusan melalui minda juga?
apakah yang harus dilakukan?
semuanya langsung tidak mempunyai jawapan yg sama.


by me :
...ahmad..1.03am..


Published with Blogger-droid v1.6.7

Mac 12, 2011

perpisahan ..

 
 
 
salam buat pembaca blog catatan..
aku harap korang sentiasa sihat selalu,
saat  aku menulis/mencari ilham untuk mengisi entry terbaru dalam blogs..aku tertarik dengan lagu ni..so aku kongsi lirik lagu ini dengan korang,tiada apa2 yang berlaku hanya lirik2 dan  penyampaian komposer ni amat menarik,
aku memikirkan tentang apa yang hendak di sampaikan,
sampai aku pun tak ingat berapa kali aku ulang lagu ini,
mungkin pemahaman kita berbeza,
tapi kita tahu perpisahan itu adalah sesuatu kepastian bagi kita,
jadi sentiasalah persiapkan diri kita untuk mengharunginya,
mungkin ia tidak semudah yang kita sangkakan,tapi inilah kenyataan yang harus kita terima :),
korang cubalah hayati lirik lagu ni,
 
 
 
 

 
Disini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua
Hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Inginku miliki lebih darimu

Mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri.
 
 
 
 
tak seindah impian = perpisahan,
segalanya telah di tentukan oleh tuhan,
suka atau tidak kita sebagai hamba,
hanyalah layak untuk menerima dan akur atas segala ujian yang berlaku,sama samalah kita berdoa semoga kita sentiasa redha atas apa jua perkara yang berlaku atas diri kita,
 
 
 
 
selamat bercuti untuk korang semua,
('',)
 
 

Mac 09, 2011

sebuah puisi tentang cinta..!


SAyANGKU..!!!

Terbesit bayangan ayu wajahmu
Terbias cinta dan kasih putih
Seketika rindu merajam
meluruhkan hati tak tertahankan hasrat ingin berjumpa
Menabur mimpi menuai harapan
berharap kau jadi milikku selamanya
Tak dapat disangkal lagi
Engkau memang untukku
Biarlah badai melanda cinta kita
Berbekal percaya kita mampu lewati
Menuju kebahagiaan sejati
Yang selalu kita rindukan



Untuk Cinta !!!

mari kita menari, mari kita menyanyi, mari kita berlari!
cintaku padamu sebesar dunia
karena aku sudah lupa pada yang lalu begitu cepatnya
seluruh isi duniaku sudah terganti
 menarilah bersamaku
menarilah kita ke aozora, duniaku yang sepi dan bisu
menarilah kita ke segala impian, khayalan biru
marilah kita bersama-sama jalin cerita, jalin permainan yang tak pernah kau bosan memainkan
marilah kita menulis nama kita di pasir putih
marilah kita mengejar ombak di biru
marilah kita pandang biru
marilah kita merajut langit di sana
angkasa hitam penuh bintang
seperti kita yang tenggelam di keasyikan
nada-nada di balik segala
seperti kita tahu apa yang pasti
seperti cinta yang kabur
nada-nada di balik segala
 marilah kita menyanyi sekali lagi, terhanyut di balik segala
dalam keasyikan itu aku menemukan kamu
kamu yang terhanyut di balik segala
cinta! cinta! marilah kau menari...
cinta! cinta! tidurlah di balik segala, tidurlah diiringi segala doa
karena kamu sekarang sudah semuanya


Cintaku..!!!

Cintaku, menari kau diiringi segala
cintaku, menarilah
cintaku terbaring di awan putih yang halus lembut
cintaku nyenyak dalam ketenangan
jangan dekati cintaku!
jangan dekati tidurnya
jangan dekati kemasyukannya dalam alamnya
Tolong jangan bangunkan dia dari segala mimpi
jangan sadarkan dia dari surga
biarkan hanyut dalam hangat
Cintaku, tersenyumlah dalam lelapmu...


Tanyamu..!!!

 kalau kau tanya apa itu cinta
lihatlah dimataku
cinta telah meninggalkan jejak cahaya disana
kalau kau tanya kenapa bisa begitu
jawabnya adalah kamu
kalau masih ada pertanyaan kenapa harus kamu
terus terang..
aku tak tahu
karena kata-kata
tak sanggup lagi menenyampaikan isyarat hatiku


Saat Terindah..!!!
Saat Terindah..
adalah Saat Mengenal Dan Memiliki Dirimu..
Yang Kuinginkan Sekarang
Hanyalah Slalu Dapat Disisimu
Dan Memandangmu
Dengan Segala Perasaanku..


Cinta Sejati..!!!

Kau pernah melihat bunga melati yang tumbuh di pinggir jalan?
Jika kau perhatikan bunga melati itu ada noda dan bercak hitam di mahkotanya.
Itu lah cinta...
Cinta tak tak selalu mulus putih
Cinta penuh dengan noda..
Cinta penuh dengan cobaan..
Cinta penuh dengan pengorbanan...
Dan cinta penuh dengan tantangan...
yang jika kita mampu melewatinya bersama
itulah kesejatian cinta.



hari2 yang meletihkan

assalamualaikum and salam sejahtera buat pembaca blogs catatan.
sejak akhir-akhir ini keadaan agak sibuk di kanuys..tor@opis,
member dekat satu jawatan aku dah di hantar ke papua new guinea..
jadi segala kerja-kerja dia aku yang terpaksa ambil alih,
bos dah macam nak memaksa aku menjadi sebuah robot yang dapet menyiapkan kerja-kerja dengan cepat dalam masa yang singkat,
macam-macam hal berlaku kat opis aku sejak akhir-akhir ni..haha..!
sempat jugak bergaduh dengan bos@manager aku,nasib aku baik sebab ada orang yang sokong..lagipun ini semua bukan salah aku,salah member aku buat kerja lambat..so tak jadi masalah bagi aku..

alamak tersalah topik pulak hari ini,
tercerita pasal masalah kat kantor,
sorry guys..!
semoga korang tak melalui kejadian seperti mana yang berlaku kat aku..
semoga hari korang lebih baik dari semalam..

selamat beristirehat di rumah..
selamat malam..
(",)




 

Mac 08, 2011

busan dengan kerja

test2x..!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

what a busy day..

kelepakan yg amat sangat..
kerja yang berlambak..
mood yang tak berapa baik..
bos yang macam siput..
nasib baik la bos..kalau x dah lame dah bagi sedikit pengajaran kat die.

*_* try use new software untuk mengupdate blogs :D..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Mac 01, 2011

KHAS buat insan yang bergelar TEMAN


Assalamualaikum  salam sejahtera buat pembaca blogs catatan,
terima kasih juga ditujukan buat insan yang singgah di blogs catatan ini,
semenjak akhir2 ini aku menyibukkan diri dengan aktiviti2 bersukan seperti bermain tenis dan berenang,
bukan ape tuk jaga stamina and mempelajari sesuatu yang baru,
kalau murah rezeki aku nak try main GOLF pulak lepas ini,
ape khabar kawan2 semua ?,
harap2 sentiasa gembira dengan hidup kamu.. :)
aku ngah research pasal my next entry,
x banyak maklumat yang aku perolehi dari internet,
hope i will get the info in few days.
Jadi hari ini aku nak kongsi sesuatu hadiah dari seorang TEMAN yang amat rapat dengan aku.Aku bersyukur kerana dapat mengenalinya,
thanks TEMAN,aku akan tetap bersama sama dengan KAMU sampai bila bila,
segalanya tentang kehidupan akan di kongsi bersama sama,
suka duka kehidupan dan sentiasa memperbaiki antara satu sama lain,




Ini adalah salah satu KARYA beliau,


tatkala kelopak mataku asyik merenung puncak gunung yang jauh di sudut pandangan mata kasar.
terdetik hati kecil berkata2..
"alangkah indah sungguh ciptaan DIA...
"tidak ada sudut yang menampakkan cacat cela...
"setiap satu yang DIA jadikan punya ikatan yang tersendiri...
"saling memerlukan antara satu sama lain...
"matahari memerlukan bulan untuk saling bertukar tugas menerangi dan menemani bumi Tuhan yang indah ini...
"bintang dan angkasa saling memerlukan bagi menerangi sekian alam dengan pancaran cahaya yang tiada tandingan...
begitulah perkaitan yang tersirat yang tidak mungkin dpt dilihat tanpa merungkai nya...
Subhanallah... aku kagum dengan Kebesaranmu ya Allah.
Alhamdulillah... aku bersyukur kerasa masih diberi peluang untuk menikmati segala keindahan itu.

sedang asyik bermonolog, terlintas di kotak firikan akan sesuatu...
"sungai tanpa tebing...
"lautan tanpa ombak...
"bukit tanpa tumbuhan...
"udara tanpa angin...
pernahkah kita terpikir apa yang akan berlaku jika semua itu benar?.
setuju atau tidak... kita tetap tidak boleh lari dari hakikat bahawa
setiap satu ciptaan DIA adalah saling memerlukan.
dan mempunya perkaitan antara satu sama lain.
begitu juga manusia.
insan kerdil di bumi Tuhan.
saling memerlukan antara satu sama lain.
bagi melayari bahtera kehidupan.
dan terus mengejar impian yang dilakar.
langkah demi langkah diatur..

sedar atau tidak,
setiap satu langkah yang kita mulakan pasti ada kisah disebaliknya.
cuma, ada ketika kisah yang terlakar itu bukan lah seperti yang kita harapkan.
dan setiap kisah itu ada cerita disebaliknya.

bagi aku.
setiap kisah yang terlakar di sepanjang langkah yang diatur punya 'perasa' yang tersendiri,
ada kala pahit, dan ada kala manis.
aku amat menghargai satu ketika di saat2 langkah terhenti dan hampir lumpuh dek ancaman anasir kehidupan,
hadirnya seseorang yg dipanggil Teman.
rasa yang sebelum ini terlalu pahit untuk ditelan,
kini tawar dengan insulin misteri yang dibawanya,
rasa yang sebelum ini terlalu manis untuk dibuang,
kini aku mampu menyimpannya dengan dos2 ubatan bagi mengawet rasa2 itu...
setiap liku2, perit payah kehidupan aku mampu lalui dengan tenang.
sungguh misteri ramuan yang di beri oleh dia.

hari ini. terlalu cepat aku rasakan masa berlalu.
masih terlalu banyak perkara yang ingin aku kejar.
walau ada kala aku di tinggalkan oleh detik2 yang berlalu,
namun aku tidak pernah ditinggalkan oleh dia yang dinamakan teman.
saling memerlukan bak lautan dan ombaknya,
bak sungai dan tebingnya...
kini aku semakin kuat untuk mengharungi cabaran kehidupan yang kian berduri.
aku tidak lagi gentar dengan ugutan bisa si tedung.
kerana aku tahu, dia sentiasa ada bersama2 aku..
terima kasih TEMAN..


Aku jua tahu bahawa TEMANKU mempunyai bakat semula jadi,
mungkin inilah hasilnya ape2 pun aku nak kongsi kat sini bahawa aku bangga dapt bertemu denga seorang sahabat
yang boleh berkongsi masalah dengan aku,
aku tahu kita semua tak kan lari dari menghadapi masalah kan.
jadi tak semua sahabat akan menolong setiap kesusahan yang di hadapi,
tapi bagi aku nasihat dari seorang teman amat lah di perlukan dikala menyelesaikan sesuatu masalah,
sebagai seorang manusia aku mengingatkan bahawa kita juga selalu diperlukan oleh sababat sahabat yang rapat dengan kita,
jadi hargailah setiap apa yang pernah dieorang lakukan untuk diri kamu,
dan bantulah jua mereka di saat dia memerlukan kita,
SALING memerlukan antara satu sama lain,
MEREKA jua banyak menenangkan kita di kala hati dan fikiran kita senang terganggu..
hargailah MEREKA selagi mereka di sekeliling kita,
dan usahlah mencari cari MEREKA setelah mereka sudah tiada.

pesanan buat TEMAN TEMANKU,


hari ini hari kesedihan aku,
esok lusa ku lihat kau pula yang bersedih,
hari ini adalah hari kesusahan kita,
esok lusa adalah hari kesusahan kau,
aku tak mahu kau  terus bersedih,
usahlah kau gusar untuk bertemu denganku untuk bercerita,
aku akan CUBA yang sebaik mungkin untuk membantu kamu TEMANku,
dan aku juga memerlukan KAMU untuk berkonsi setiap masalah,
KITA saling memerlukan antara satu sama lain,
percayalah bahawa ikatan persahabatan KITA ibarat AUR DAN TEBING,
dan aku amat bersyukur untuk setiap nasihat yang KAU berikan,
TERIMA KASIH TEMAN..
SEMOGA TUHAN SENTIASA MENDENGAR KELUHAN HATI KITA DAN
MEMBANTU KITA MENGHADAPI SETIAP MASALAH YANG KITA HADAPI..amin.. :)

(^_^) selamat malam TEMAN dan SAHABAT  semua,
semoga hari kamu lebih baik dari semalam..


TEMAN yang ku kasihi,

Engkaulah temanku,
tempat aku mengadu,
tika tawa dan sedih,
kau tetap bersamaku,
TEMAN yang ku kasih,
akan kuhargai,
hingga akhirnya nanti,
kan kekal abadi,

KU pinta oh tuhan,
agar tetap berpanjangan.
sebuah PERSAHABATAN,
penuh KEIKHLASAN,

hasil karya Ahmad Jabar
1.00am

"Meniti arus perjalanan kehidupan"

Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
SubhanAllah,
Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
ciptaanya yang maha agung,
perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
Ia hanyalah sementara,
sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

selamat datang to catatan

selamat datang to catatan
assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengikut saya

Catatan Popular


 

Design by Amanda @ Blogger Buster