April 19, 2011

merindui untuk mencoret kat catatan ni (catatan malam)

salam dan selamat sejahtera buat kalian,da lame x jenguk2 blog korang semua..bz ke aku ni..
yez ! tepat sekali..laptop pun da berhabuk tak bukak..
kurang masa dan waktu(sama je maksud die). apepun masing2 punye perjalanan hidup tak sama kan,ada yg sibuk bekerja,ada yg menghadapi masalah,ada yang sibuk mengejar impian dan tidak lupe juga buat yang sibuk menguruskan keluarga.. :).

kekadang banyak perjalanan kehidupan yang berharga tidak dapat di ingat,jadi dengan cara menulis,mengambil gambar akan membuatkan memori tersebut tidak akan luput dari ingatan kita,
janganlah kita lupa kerana masa yang kita lalui adalah amat berharga buat kita.

"catatan malam"

kelihatan sinaran bulan amat terang sekali malam ini dan bintang-bintang yang berkelipan di ruang angkasa.
alangkah indahnya malam ini,
cengkerik dan unggas memainkan peranan masing2 di kala malam kian sunyi,
membuatkan hati dan fikiranku berasa sungguh aman sekali,
begitu tenangnya jiwaku,
tidak lupa juga aku mengucapkan syukur pada pencipta alam semesta,
segala masalah yang melanda ku lemparkan jauh2 di saat ini,
semak sekali jika aku teringatkan masalah di pejabat tadi,
apakan daya aku insan yang lemah,mungkin akan di tindas,
aku mengira diriku lemah,
tp bisikan hati membuahkan sebuah perasaan dendam,
puas sudah aku memujuk hati kecilku supaya akur,
tidak kau tidak boleh kalah,
"diam tidak bererti lemah"
"menang tidak bererti berjaya dalam hidup jika kita tidak jujur"
itulah kata2 yang berbisik dalam hatiku ini,
akhirnya aku akur akan melawan dan menunjukkan taring keganasan pada masa yang sesuai,
Ya ALLAH padamu aku bermohon agak kebenaran ini akan terbukti kelak.

terima kasih wahai semangat,
aku tidak akan tunduk pada musuh-musuhku,
aku akan buktikan bahawa semuanya akan mengakui kelemahan masing-masing.

oleh : ahmad Jabar 01.27am


selamat malam semua..
Published with Blogger-droid v1.6.7

0 ulasan:

"Meniti arus perjalanan kehidupan"

Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
SubhanAllah,
Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
ciptaanya yang maha agung,
perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
Ia hanyalah sementara,
sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

selamat datang to catatan

selamat datang to catatan
assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengikut saya

Catatan Popular


 

Design by Amanda @ Blogger Buster