Jun 28, 2011

sehari dua di hongkong (company trip )

salam and selamat sejahtera buat pembaca blogs catatan,
terima kasih sudi singgah kat blogs aku nih,
hari ini aku nak kongsi tentang negara hongkong yang baru aku lawati..




jalan paling sibuk di sekitar pub and disco HK

jalan2..!

snap..!


mahu naik feri tak?



salah seorang awek HK yang aku jumpa kat stanley beach

cantik pulak pokok ni..!

stanley beach.

aku sorang je melayu kat trip ni :)

dinner time..!

stanley beach di waktu senja

night view..

gambar ni aku amek kat wax museum..nak masuk kene bayar 140 dollar 

  
repulse bay
bos ajak berparti so aku layan je lah ikut masuk kang kong pub..minum coke and soda je..saje nak tengok gelagat manusia kat sana
nak masuk pub pun kene beratur.

rakan sekerja kau dan isteri beliau :)


my colleagues picture.. x sempat posing aku dah snap..haha.. 

permandangan yang agak cantik memukau perhatian aku sejenak

sunset in stanley beach HK..salah satu panorama yang tak akan aku lupa untuk menyaksikanya :)

peak tram 2(permandangan petang)

sunset again..

big buddha (lantau island)
dah macam nak manjat batu caves dah..semput jugak nak sampai ke atas tu
my colleague dah macam bintang hong kong dah dressing dia.
 
                                           
pada pukul 7 and 8 malam..gambar kat peak tram salah satu tempat yang popular kat hongkong, 
                      
minum2 time..i just saw from far :)
 

snap.dinner time.!
           


                                                                                    
                    
   


time balik..rase dah takmo balik malaysia..anyway i have nice journey..tq bos..!
masa balik..rasa macam nak duduk kat sana je :)..









Jun 21, 2011

Rase nak update pasal g hongkong haritu..

salam buat pembaca blogs catatan,
hope korang sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera..
ps* : jangan lupe untuk menjaga kesihatan selalu :)

hari ini rase macam nak update sal hong kong hari tu tapi keadaan x mengizinkan..badan terasa penat and mate pun dah mula mengantuk,
mungkin akan di update esok lusa or weekend...
selmat malam semua..
semoga ceria2 selalu.. okaip (^_^)V

Jun 19, 2011

syair senja buatmu

 Di satu senja ,
 aku merasakan sesuatu.
 kerinduan dan kasih sayang...
mengalir ke masing2 hatiku...
cuma di sampaikan melalui penulisan,

sesungguhnya tangan kita tak pernah bertaut...
cuma hati saja yang slalu bertanya,
pahamilah hatiku
slalu bergemuruh memanggil namamu,

pahamilah kasih sayangku
selalu tertuju padamu
walau kau tak mungkin bisa menyelami hatiku sesungguhnya....



In my dream children sing a song of love for every boy and girl
The sky is blue and fields are green and laughter is the language of the world
Then I wake and all I see is a world full of people in need

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.
Tell me why?

Everyday I ask myself what will I have to do to be a man?
Do I have to stand and fight to prove to everybody who I am?
Is that what my life is for to waste in a world full of war?

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.
Tell me why?

(children) tell me why? (declan) tell me why?
(children) tell me why? (declan) tell me why?
(together) just tell me why, why, why?

Tell me why (why) does it have to be like this?
Tell me why (why) is there something I have missed?
Tell me why (why) cos I don't understand.
When so many need somebody we don't give a helping hand.

Tell me why (why,why,does the tiger run)
Tell me why (why why do we shoot the gun)
Tell me why (why,why do we never learn)
Can someone tell us why we let the forest burn?

(why,why do we say we care)
Tell me why (why,why do we stand and stare)
Tell me why (why,why do the dolphins cry)
Can some one tell us why we let the ocean die ?

(why,why if we're all the same)
tell me why (why,why do we pass the blame)
tell me why (why,why does it never end)
can some one tell us why we cannot just be friends? 





Aku kerap memandang putih, sehingga kadang-kala terlupa hitam juga adalah warna yang wujud dalam kehidupan. Pun begitu, aku tetap tahu langit dan bumi itu punya beza yang besar. Aku tetap tahu bulan dan matahari itu menyuluhnya tidak sama.


Arah kehidupan

Kemana dan dimana hilangnya arah ini....
Melihat dan merasai dengan nyata di hadapan mata...
Adakah ingin menjauhkan lagi diri ini yang semakin jauh..
atau hanya mengisi waktu sengsara bila Dia berada jauh dari Dirinya..
aku hanya mengisi waktu kosong dia setelah dia pulang.....ketempatnya...
Tuhan..Tabahkan hati..jiwa ku....yang begitu sengsara .....
sehingga luka ku bawa jauh ..ke hujung dunia...
walaupun sakit...ku gagahi kaki utk melangkah..meninggalkan segala kenangan2 semalam......
Pada siapa yang harus aku mengadu....
  mendengar segala keluhan resah hati yg sepi ini.....
sedangkan Bayusore yang berhembus dingin jua tidak bisa membalut segala kelukaan hati ini....
Pulangkanlah Kembali segala kegembiraan dalam hidup ku ini....
tapi pada siapa yang harus ku pinta semua ini........
Selamat tinggal kenangan...
Tak mungkin ku lupa dirimu sehingga nafas aku terakhir......

Jun 09, 2011

hati yang tenang

salam  buat pembaca blogs catatan,
alangkah indahnya jika hati kita sentiasa tenang,
betul x?
setiap hari aku merindukan kedamaian dalam lubuk hati ini,
semakin lama ingin ku kecapi,
semakin sukar tuk aku menghadapi dugaan yang telah di tentukan oleh tuhan,
sama2 lah kita menghadapi dugaan itu dengan hati yang terbuka dan sabar,so kat bawah ni ade sedikit artikel untuk di kongsi bersama2..


Sebelum ini, telah disebutkan kepada kita bahawa dengan zikrullah itu hati kita akan tenang dengan perkara-perkara dunia. Ia membawa maksud selagi hati kita dapat terhubung dengan Tuhan, nescaya diri kita tidak dapat dipengaruhi dengan perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Begitulah yang kita diberitahu. Namun, bagaimana boleh dihubungkan kedua-duanya iaitu dengan zikrullah, boleh kita dapat ketenangan dunia? Bagaimana zikrullah itu boleh menenggelamkan rasa bimbang, risau, cemas dan takut kita kepada perkara dunia? Mana tidaknya, sakit, miskin, hilang jawatan, dimaki atau dicerca orang, dan berbagai lagi musibah dunia, bukankah ia menyusahkan? Bukankah itu menggugat hati sehingga datang bimbang, cemas dan takut? Oleh itu marilah kita perhatikan hubungkait antara keduanya agar benar-benar kita faham bagaimana zikrullah boleh menjadi penawar kepada kesusahan dunia.

Di sini, zikrullah itu membawa pengertian mengingati Allah dalam ertikata yang hati itu dapat menghayati sifat-sifat dan peranan Tuhan. Dibawakan contoh, katakan seorang itu miskin. Dia selalu kesempitan wang. Dia nak makan pun susah. Nak belanja-belanja keluarga pun susah. Tapi, oleh kerana hatinya sudah menghayati Tuhan, dia dapat merasakan Tuhan Maha Pemberi Rezeki. Pada Tuhan, dia bertawakal. Dengan bersandarkan pada sifat Tuhan Maha Pemberi Rezeki, dia jadi yakin. Dia jadi orang yang boleh tenang menghadapi kemiskinan. Dia tahu rezeki Tuhan itu luas dan Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya. “InsyaAllah, Tuhan ada, Dialah yang Maha memberi rezeki”, kata hati kecilnya. Dia berusaha juga tapi dia tidak bergantung pada usahanya. Bagi dia rezeki Tuhan ada di mana-mana dan sudah ditetapkan bahagian untuk orang sepertinya.

Contoh lain, seorang itu jatuh sakit. Sakit itu menyusahkan. Boleh jadi tidak tenang dengan sakit apatah lagi makan minum serta tidur selalu terganggu. Malah kerja harian juga terganggu dan di waktu tertentu hendak bersembahyang pun terganggu juga. Namun, seorang yang berzikrullah, dapat merasakan Tuhan yang memberi sakit dan Dialah yang menyembuhkan. Rasa itulah yang memberi penawar kepada kesusahan sakitnya selama ini. Dia jadi tenang atas kerana yakin Tuhan yang memberi sakit dan Tuhan jugalah yang akan menyembuhkan. Sudah pasti keyakinan itu menjadikan dia faham maksud Tuhan memberi sakit kepadanya. Sudah pasti juga dia faham bahawa kalau Tuhan kehendaki, bila-bila masa Tuhan boleh sembuhkan. Tinggal lagi yang menjadi soal bukan tempoh lama atau sekejap masa sakit, atau soal ringan atau berat ujian sakit. Soalnya adalah sejauhmana kuat hubungannya dengan Tuhan sehingga sakit itu boleh menjadi hiburan kepadanya. Sakit bukan sakit lagi tetapi dirasakan sebagai hiburan dari Tuhan kepada hambanya.

Yang paling besar juga, kesusahan dalam miskin dan sakit itu boleh dihadapi dengan tenang kerana dia sudah merasa dirinya itu dimiliki Tuhan. Inilah sebahagian daripada zikrullah. Rasa dimiliki Tuhan ini membuatkan seseorang itu menyerah hati dan dirinya kepada Tuhan. Dia merasakan Tuhan boleh buat apa sahaja terhadap dirinya kerana dia adalah milik Tuhan. Sebagai hamba Tuhan yang dimiliki Tuhan, terpulanglah kepada Tuhan nak sakitkan, nak miskinkan atau nak susah-susahkan hidupnya di dunia. Berhak bagi Tuhan berbuat begitu. Hatinya boleh berkata, “tidak sekali-kali bagi seorang hamba boleh menolak apa sahaja ketentuan dari Tuhannya.” Berbahagialah orang yang boleh merasakan sedemikian. Di situlah datangnya ketenangan kepada orang seperti itu. Asasnya adalah zikrullah tadi.

Begitulah kisahnya, jika seseorang sudah dapat menghayati sifat Tuhan. Hatinya akan sentiasa dalam ketenangan bilamana menghadapi perkara-perkara dunia yang melalaikan serta menyusahkan. Hatinya tidak cacat atau terpengaruh dengan dunia tersebut disebabkan kuat rasa-rasa hatinya dengan Tuhan. Banyak lagi contoh yang boleh disebutkan di sini tetapi cukuplah dengan dua contoh di atas untuk panduan kita bersama. Sekian.

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya. (Ar-Rad: 28-29)

Dialah yang menurunkan Sakinah (ketenangan) ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Al-Fath: 4)

"Meniti arus perjalanan kehidupan"

Lihatlah alam yang terbentang luas ini,
Ia dipenuhi dengan cerita dan kebesaran Allah,
SubhanAllah,
Alangkah indahnya kehidupan ini kerana Allah
meminjamkan sepasang mata untuk menghayati
ciptaanya yang maha agung,
perjalanan kehidupan ini adalah sementara dan
tidak di ketahui di manakah akhirnya sebuah perjalanan,
Ia hanyalah sementara,
sentiasa mencari erti sebuah perjalanan adalah perjuanganku

selamat datang to catatan

selamat datang to catatan
assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengikut saya

Catatan Popular


 

Design by Amanda @ Blogger Buster